Sabtu, 7 November 2009

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA


Realitinya pada masa kini kita masih bergelut dgan kelembapan budaya membaca di klgn rakyat negara ini. Seharusnya amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lg bg melahirkan msyk membaca.
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Raslin Abu Bakar berkata, adalah ptg dlm melahirkan lebih ramai generasi muda yg sukakn mbca & menjadikan amalan itu sbg satu budaya agar tidak ketinggalan dlm perlumbaan teknologi yg semakin sengit. Ini krn msyk yg komited terhadap amalan mbca & menguasai ilmu akn terus maju & gemilang, katanya ketika merasmikan sambutan Hari Kanak2 Sedunia 1 Malaysia, baru2 ini.

Menurut Raslin lg, untuk membudayakan amalan membaca, semua pihak termasuk kerajaan, swasta & org ramai perlu memainkan peranan masing2 khususnya dlm mengaplikasikan ilmu yg telah dibaca dlm kehidupan seharian.

Budaya membaca yg aktif mampu memberikan pelbagai manfaat dlm kehidupan seharian seperti penjanaan idea, kemahiran berfikir & berkomunikasi. Malah sbg ibu bapa sendiri, kita harus menjadikan cth utama kpd anak2 dlm membudayakan amalan membaca di rumah. Tanpa perlu menuding jari ke arah pihak lain, kita sendiri seharusnya menjadi cth dlm merealisasikan budaya membaca kpd anak2, tegasnya.

Ujarnya, selain berperanan sbg guru pertama bg setiap individu yg lahir ke dunia, ibu bapa juga memang dipertgjwbkn utk membimbing & mendidik zuriat yg dilahirkn dgn sebaik2nya.

Tidak dinafikan ada ibu bapa yg terlupa menyedarkan anak2 peri ptgnya ilmu kerana ibu bapa itu juga tidak berilmu. Tuntutan hidup juga sering kali menyukarkan ibu bapa menunjukkan teladan ilmu & kesannya kpd anak2. Bagaimanapun katanya, tidak ada ibu bapa di dunia ini yg menginginkan anak mereka bagaikan tiada tempias pun kpd msyk & negara. Sekurang2nya, jadilah org yg berguna kpd diri sendiri kalaupun tidak pada keluarga.

Doa dan harapan ibu bapa silih berganti, tetapi yg tidak tertunai ialah fenomena ilmu dlm sesebuah keluarga. Bayangkan jika anak2 tidak pernah melihat ibu bapa membaca walau sekalipun! Bagaimana anak2 hendak merasakan budaya membaca di rumah sekiranya tanda2 begitu pun tidak berlaku langsung?, jelasnya.

Oleh itu, katanya mulakan dr skrg, jadilah diri sbg cth untuk menjadikan anak2 juga berminat utk membaca sekali gus melahirkan generasi yg maju & berjaya.

Menurut Raslin lagi, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari bhawa krjn akn melaksanakan langkah lebih agfesif bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat selaras dgn matlamat menjadikan Malaysia sbg ' Negara Pembaca'.

'Negara Pembaca' bkn shj utk melihat semua org membaca di mana2, tetapi juga merujuk kepada msykt Malaysia yg berasaskan kpd ilmu pengetahuan, mempunyai kemampuan berterusan utk belajar, membuat R&D serta melakukan penemuan baru.

Langkah ini sememangnya akan membolehkan rakyat Malaysia menyertai penduduk negara maju lain yg menjadikan membaca sbg satu tabiat & budaya hidup. Tambahnya lagi, negara Jepun misalnya sudah lama menjadikan pembacaan sbg salah satu aktiviti tetap dlm kehidupan seharian mereka. Budaya itu berterusan kerana setiap rakyatnya melihat semua org melakukannya. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan kpd generasi baru.

Sempena sambutan Hari Kanak2 1 Malaysia iaitu kira2 500 org kanak2 dr pelbagai kaum melakukan acara 'membaca secara senyap' selama 5 minit di perkarangan Perpustakaan Negara.

Majlis bertemakan Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya itu bertujuan utk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak2 berkaitan keseronokan membaca seterusnya memupuk tabiat itu sepanjang hayat bagi melahirkan generasi berilmu dan berfikiran kreatif. Konsep pembelajaran sepanjang hayat harus disemai dlm setiap sanubari rakyat negara ini, ia adalah sesuatu yang murni.

Kita seharusnya membudayakan amalan membaca bagi merealisasikan konsep ini & seterusnya membantu melahirkan msykt Malaysia berminda kelas pertama. Usaha membudayakan aktiviti membaca di klgn generasi muda merupakan titik tolak dlm membentuk msykt berpengetahuan yg dpt menyumbang kemahiran dan kepakaran kpd pembangunan sesebuah negara.

(dipetik n diubah suai dari rencana Utusan Malaysia).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan