
Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan, semoga sihat selalu (kalau tak sihat apa pun tak boleh buat, betoi ka? Tapi ada juga yang tak sihat dia buat sihat saja… itu kira baguslah tu…).
Ni…hamba nak cerita gempaq ni…
Semalam hamba pergi ke sebuah pasaraya SAVE MORE KEDAI KOMUNITI di seksyen 9 BBB. Hamba tidak berniat nak pi kedai tu…tapi bila pusing2 dengan kereta di kawasan tu…ternampak pula kedai merah menyala warnanya. Kedai SAVE MORE tu.. lah. (mungkin ramai yg dah tahu ttg kedai tu..tapi hamba baru nampak semalam..rasa macam agak ketinggalan juga… tapi dak kut… bila masuk kedai tu.. barang2nya pun tak disusun habis lagi…pekerja2nya tengah kalut la dok susun…org ramai pula asyik dok beli saja..kat kaunter bayaran tu..pembeli beratur jugalah…disiplinnya). Hamba pi kedai tu, untuk beli berus gigi anak2 hambalah (selalu depa bagi hilang, budak2 kecik la…katakan, dan hamba pun tak buka kilang berus gigi lagi so… terpaksa belilah). Selain daripada itu hamba juga belilah keperluan dapur yang lain.
Bila hamba sudah bayar, si cashier tu suruh hamba isi borang keahlian. So hamba pun tanyalah apa benefitnya? Dia pun ceritalah…Hamba pun setuju dan terus isi borang “JOIN NOW” dan terus dapat kad keahliannya.
Apa yang syok tu…masa hamba dok isi borang tu…hamba ternampak gambar Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dan sahabat2nya, so hamba pun bertanyalah pada seorang staf di situ, “ini kedai Syed Mokhtar punya ke? Dia jawab “ ini kedai milik BERNAS PROJECT & DEVELOPMENT SDN. BHD.” yang mana Tan Sri Syed Mokhtar dan rakan2nya yang ada dalam gambar tadi adalah pemegang sahamnya. HAMBA SOKONG 99%. Tahniahlah...BERNAS.
So, hamba pun syok sangatlah sebab ada kedai yang diusahakan oleh bangsa kita.
Kalau kawan2 nak tau, pi lah tengok sendiri kalau tak jumpa boleh call hamba (free of charge punya…).
Tu…la cerita gempaq yg nak dicerita hari ini…
Posted by dariyangsatu 7.30 am 9 Dis. 2009








